Alhamdulilah, selepas diubah suai. Hentian Puduraya kembali beroperasi pada pertengahan April yang lepas. Saya tidak berpeluang untuk melihat perubahannya memandangkan bas-bas ke selatan kini beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Minggu ini, saya berpeluang menjengah sebentar Hentian Puduraya yang berwajah baru ini. Cantik, selesa, selamat (ada polis dan ramai pak guard) dan berhawa dingin. Ruang solat yang besar dan tenang. Tempat menunggu yang dikhaskan. Kedai makanan ringan yang menarik.
Pokoknya memang selesa dan santai ketika berada disini. Persis Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang sama canggihnya (ala-ala airport gitu). Akan tetapi, khabarnya Hentian Puduraya hanya menyediakan bas-bas ke Utara dan Pantai Timur sahaja. Hmm.. siapa yang mahu ke selatan. Diam-diam sahaja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ya.. Hehehe
**Semoga rakyat Malaysia sedar akan kepentingan menjaga harta benda awam yang indah dan canggih ini. Sama-sama kita menjaga kebersihan dan kecantikkan ini untuk keselesaan bersama. =)







0 Komen:
Catat Ulasan
**Terima kasih atas kerjasama anda