Siapa Belia~!? Sila angkat tangan anda. Entri pertama saya mengenai tanggungjawab rakyat Malaysia berusia 21 wajar mendaftar sebagai pemilih atau pengundi di sini menjelaskan, betapa pentingnya peranan yang harus kita jalankan untuk negara.
Entri saya yang ke-2 adalah khusus untuk rakyat Malaysia yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun. Saya mahu anda ambil perhatian.! heeh (ala-ala lagak cikgu sekolah). Sila daftarkan diri anda sebagai belia.Berikan maklumat mengenai diri anda di pengkalan data negara. Jika anda merasakan diri anda masih layak bergelar BELIA.
Pendaftran ini bertujuan memberikan peluang kepada belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini sekaligus dapat menyelamatkan belia daripada terjerumus kepada gejala negatif seperti merempit, melepak dan sebagainya.
Bagaimana?
Syaratnya mudah pergi ke pautan ini, e-belia
| Klik untuk mendaftar |
| Pendaftaran Kali pertama |
| Masukkan No.Kad Pengenalan/Polis/Tentera |
| Isikan butir diri anda dan Simpan |
| Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? (Salah satu butiaran yang perlu dilengkapkan) |
**Butiran boleh disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa. Jangan lupa simpan dan hafal nombor rujukan untuk membuat semakan jika perlu. Selamat mendaftar sebagai BELIA, Permata Negara =)


0 Komen:
Catat Ulasan
**Terima kasih atas kerjasama anda