KISAH MESTI BACA

Sebuah kisah dipetik daripada majalah Al-Islam, April 2012

Diriwayatkan, seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di kota Mekah. Apabila tiba hari untuk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh ahli keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi dia hampa apabila, keluarga lelaki itu tidak tahu menahu tentangnya.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang hartanya yang tidak diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,

“Pergilah kamu ke telaga zarnzam malam mi dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.” 

Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut. Ulama itu berkata lagi kepadanya,

“Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakari sebagai mulut neraka jahanam.” 

Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, ke mana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,

“Pergilah di satu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu"

Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lagi,

"Kenapa kamu ditempatkan di sini Sedangkan kamu adalah orang yang baik.” 

Lalu dijawab,

“Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahanam.” 

Moral cerita: Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendini. Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” 


Oleh demikian, mari kita renungkan sejenak. Apakah nilai keimanan dan kemuliaan akhlak kita sudah benar-benar sempurna? Sering kali terfikir, kadang kala kita sangat menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T, kerana itu adalah fitrah kita sebagai hambanya. Sehinggakan ada diantara kita langsung tidak mengendahkan duniawi dan menyifatkan "Hidup untuk Mati"

Amalan sedekah bukan hanya kita memberi duit kepada anak yatim, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sedangkan ada ahli keluarga kita, makcik, pakcik, anak saudara, cucu, sepupu kita (darah daging kita) berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Dan kita hanya menutup mata melihat keadaan mereka, lalu mengutamakan orang lain. Sesungguhnya, saudara kita yang susah ini memang tidak suka meminta-minta, menunjukkan kesusahannya, dan lebih suka berusaha mencari rezeki sendiri kerana dia mungkin berpegang kepada hadis ini,

Dari samurah bin jundub ra, beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda;

"Sesungguhnya meminta-minta itu adalah cacat (luka) yang digoreskan orang di wajahnya, kecuali apabila ia meminta kepada penguasa atau karena keadaan terpaksa" (HR Tirmidzi)

Namun begitu, ingatlah dan renunglah tanggungjawab kita yang belum selesai. Sebelum terlambat..

DATANG DAN PERGI

Suatu kenyataan hidup merupakan anugerah yang bisa datang dan pergi.
Datangnya memberi kebahagiaan dan perginya meninggalkan hikmah.

KEYAKINAN YANG HILANG

Baru-baru ini saya menghadapi masalah yang amat membimbangkan diri sendiri. Saya mengakui jarang baca bahan bacaan dalam Bahasa Melayu meski kita sama-sama menggunakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah kita menggunakan Bahasa Melayu dalam konteks yang tepat?

Masalah saya adalah, ketika menghantar "SMS", saya berulang-ulang kali baca satu perkataan.

Dalam hati, betul ke aku eja perkataan ni???

Nak tahu perkataan apa?

"Serbaguna"

Ya Allah, lucunya rasa bila kita sudah kurang membaca. Tiba-tiba menjadi kurang yakin dalam penulisan. Hmmm..



**Tulah Nabiha, asyik belajar bahasa komputer saja.! :(

SESUATU YANG INDAH



Menyempurnakan CINTA mereka yang ingin dihiasi dengan kecerahan warna-warna bahagia, ceria dan gembira adalah penglipur lara,hati dan jiwa mereka.

Menjayakan watak dalam pentas pengarahan sendiri buat diri menjadi kaku, kelu dan seakan-akan tidak sedar bahawa masa sudah TAMAT.!

Merasakan segalanya serba tidak kena pada tempatnya dan dalam erti kata yang lebih tepat adalah tidak sempurna..

Menyempurnakan, bukan sekadar meletakkan sesuatu pada tempatnya. kadang-kala tempat itu menjadi tempat yang tidak sesuai pada suatu ketika. Beralihlah dan berganjaklah dari tempat itu kerana ia akan lebih menyempurnakan harimu kelak.







NMM&AIM

SIRI JELAJAH ISI ALAM II

Cuti semester 4 bulan telah bermula. Apa yang harus saya lakukan dalam tempoh selama ini?

Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan menyertai "Program Sebiru Kota, Sehijau Desa".

Mengapa biru? Mengapa hijau?

Biru
Melambangkan kepesatan pembangunan dikota menyebabkan kita lebih banyak melihat langit yang biru di dinding-dinding kaca bangunan. Hasil pantulan cahaya menyebabkan kita sedar bahawa hanya lebih banyak warna biru yang terhasil di kota berbanding warna hijau iaitu warna yang sinonim dengan warna pokok dan tumbuh tumbuhan.

Hijau
Melambangkan warna semulajadi yang terhasil daripada pohon dan tumbuh tumbuhan yang terdapat di desa yang belum lagi dicemari dengan pembangunan seperti di kota. Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang menyimpan pelbagai sejarah dan kenangan suka duka sepanjang 4 hari 3 malam kami berkampung di sana.

Arrrrgggghhhh... Tak ada line telefon! Bagaimana mahu hidup!?

4 hari yang begitu menenangkan. Tanpa gangguan deringan telefon bimbit dan pesanan ringkas. Saya kembali menyelongkar isi alam. Banyak dan sungguh banyak ilham yang terhasil disini. Suatu tempat yang asing bagi segelintir manusia. Saya lebih suka menjelajah isi alam daripada menjelajah kota membangun yang membingit dan menyesakkan.

Mengajar anak desa mengenai kegunaan komputer

Penggunaan komputer dan internet bagi kita yang sudah biasa menggunakannya adalah suatu perkara biasa. Anak-anak sudah diterapkan dengan kecanggihan dan kemajuan dalam bidang ICT. Tapi, pernah kita tahu. Masih ada segelintir anak-anak kecil yang tidak tahu menggunakan komputer sedangkan mereka tahu apa itu komputer. Saya merasakan inilah pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya. Sekurang-kurannya saya dan rakan-rakan dapat memberikan sedikit pengetahuan dan peluang kepada mereka mempelajari cara-cara untuk mengendalikan komputer.

Disinilah kami tinggal untuk 4 hari 3 malam

Sebuah pondok buluh beratapkan rumbia yang usang dan mungkin juga bocor pabila hujan menimpa (Alhamdulilah sepanjang kami disana, cuaca elok sahaja. Tidak hujan) Disini jugalah kami tidur tanpa bantal dan tilam yang empuk. Yang ada hanyalah beralaskan tikar, inilah erti kepayahan yang saya kongsikan bersama masyarakat kampung disini.Bukan mudah untuk semua orang melaluinya sepanjang hayat mereka. Kedinginan air sungai pada setiap pagi mencucuk-cucuk hingga ke tulang masih dirasai hingga ke hari ini. Berkemban, ya.. Anak-anak dara duduk di tepi sungai dengan berkemban. Hanya air sungai sumber air minum dan untuk memasak.

Sesi pembelajaran anak-anak desa di sekolah
Kami sempat bergotong royong bersama masyarakat kampung untuk memasak gulai kerbau. 2 ekor kerbau telah tumbang pada hari itu. Kenduri seakan-akan pesta bagi masyarakat desa di sana. Kami menjadi terlalu gembira dan terharu.

Gulai Kerbau

Bergotong royong
Ihsan masyarakat kampung disitu, kami berpeluang belajar cara-cara berakit di Sungai Pahang. Aktiviti yang sangat menarik walaupun hampir keseluruhan badan saya lebam-lebam.Bukan mudah mengawal rakit dengan arus yang deras dan sekali sekala bertemu dengan jeram. Aduh, mencabar sungguh!



Gambar kenangan sebelum pulang ke kota yang biru
Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang
telah ku jelajah isi mu
mohon izinkan aku
meneroka dengan lebih
lebih daripada apa yang aku dapatkan
aku sentiasa mahu akan isimu
maka, berikahlah ruang itu.